Pasukan Sinasak FC dari N3 Pitas telah muncul sebagai juara kejohanan Bola Sepak sembilan sebelah Anjuran Pemuda UPKO Kudat tahun 2010. Pasukan tersebut mengalahkan Pasukan Surukut FC 3 gol tanpa balas pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang Kg.Ranggal Kanibongan dalam DUN N1 Banggi pada 12 Disember yang lalu. Pasukan Sinasak FC menerima hadiah wang tunai RM 300, sebuah piala dan thorphy. Tempat kedua Pasukan Surukut FC menerima wang tunai RM 250,sebuah piala dan trophy, tempat ketiga pasukan tuan Rumah iaitu Ranggal menerima hadiah wang tunai RM200,sebuah piala dan thorphy. Sementara tempat ke empat adalah pasukan Manduring menerima wang tunai RM100 dan sebuah piala.Semua hadiah tersebut disampaikan oleh Setiausaha Pemuda Kebangsaan iaitu Tommy Helarry Simbeh. Sebelum itu dalam ucapan perasmian penutupan beliau telah menjelaskan mengenai matlamat kejohanan tersebut.
Hadir sama dalam majlis penutupan kejohanan itu ialah Ketua Pemuda UPKO Kudat iaitu Johnny Mojuhi, Ketua Bahagian UPKO Kudat iaitu YBhg.Tuan Lightson Kohiya, Saudara Dennison Idang, ketua pemuda UPKO Kota Kinabalu, Saudara Jonwine e Sundang ketua pemuda UPKO Kota Belud, yang juga penaja utama hadiah kejohanan dan jawatankuasa penganjur serta masyarakat Kg.Ranggal
Kejohanan yang disertai sebanyak 11 pasukan itu adalah aktiviti akhir tahun pemuda UPKO Kudat.

0 ulasan:
Catat Ulasan